Flying with Qatar Airlines.. and why? Because it's the cheapest by the time I want to book the flight tickets. Sekarang ni pun Qatar Airlines tengah buat promo cheap flights to Istanbul and other destinations.
Berdebar-debar.. paling jauh pergi oversea pun masa pergi Umrah. First time masa darjah tiga.. second time masa buat Master. Guna duit scholarship pi Umrah.. Alhamdulillah ada rezeki tu.. Tapi time tu semua orang lain uruskan.. bawak diri bawak baju je.. Ni nak uruskan semua sendiri.. Risaukan macam-macam. Ibaratnye macam kalau pape jadi tengah jalan pun sebab saya.. saya yang uruskan semua. Tak best sungguh perasaan ni.. :(((
All in all, the total basic lost cost for this Istanbul trip is around RM8500k, provided that you have no intention to SHOP a lot. My intention pun.. memang tak dan nak shopping (how I wish I could!).. Beli barang sikit-sikit je.. Yang banyaknye duit belanja untuk makan sebab SUKA sangat dapat rasa macam-macam jenis Turkish foods especially kebab turki.
Flights: RM4600 for two
Conference fee: RM1000
Hotel in Asean side of Istanbul (ISG Hotel): RM380/night
Hotel in Europe side of Istanbul (A'la House): RM900 for 3 nights
Total: RM6880
Untuk perjalanan saya dan suami, ini belanja paling besar kami kena prepare. Before pergi dah boleh confirmkan this budget as everything are booked online. For the hotels, I made booking through Booking.com. Make sure dapat email confirmation atau email direct kepada Hotel. Booking pakai kredit kad tapi tanpa apa-apa charge. Bila dah sampai hotel baru bayar cash. Sampai takat ni, yang kita bayar cash cuma flight tickets je.
Being a cheapskate, we prepared approximately RM1500 cash in hands sahaja untuk duit belanja makan, public transport, phone, jajan, etc. Kami selalu ingatkan diri masing-masing, kita berjalan nak merasa berada kat tempat orang macammana.. experience can't be bought, and it's expensive enough to be hold in our memories for a lifetime.. Hmm.. lagi pun bukan pi holiday sesaja.. nak kena bentang paper ni. Kena buat revision sikit.. check presentation slides, etc :)
Scholarship covers flight fare, meal allowance RM180 per day, accommodation RM600 per night, conference fee, public transportation from a day before conference until a day after conference. The conference was held on 6-8 June. So I arranged our trip from 4 June to 9 June 2014. 10 June already in Malaysia. TAPI, walaupun dah dapat kelulusan dari kementerian, saya kena plan betul-betul sebab semua perbelanjaan kena pakai duit sendiri terlebih dahulu.. Bila dah balik dari conference baru buat dokumen claim dan sertakan semua resit rasmi. Alhamdulillah everything are covered by my PhD scholarship.. cuma flight fare husband je yang kami kene bayar sendiri.
I booked flights from Singapore to Istanbul with transit at Doha (Hamad International Airport).
I explain here macammana ye kalau nak ke Singapore menggunakan public transport. Sebab sebelum pergi tu I try google dan tak jumpa sangat review yang betul-betul details. Flight murah from Singapore.. but the challenge, hmm.. menguji keimanan. The most important thing is you should be mentally prepared! Bukan senang rupanya nak men-DIY perjalanan ke negeri asing especially when we have tight budgets. But it is POSSIBLE, inshaallah. Worth every penny.
JB Sentral - Woodlands Checkpoints - Changi airport
Cari Platform Bas Transtar untuk bas yang direct dari JB Sentral ke Changi airport. Kira macam shuttle bus la ni. Bear in mind, walaupun 'direct' katanye, tapi kita nak masuk negara orang..ada proses yang kita kene hadap -- Imigresen dan Kastam. Siap sedia dengan passport dan flight boarding pass (Oh ye, saya dah siap-siap online Check-in dan print boarding pass kat rumah) dan make sure luggage korang ringan. Tak yah le pakai heels sebab bangunan JB Sentral/ CIQ JB ni memang agak azab sikit untuk orang yang tak fit (bak kata husband) dan jarang guna kaki untuk berjalan jauh macam saya ni. Back pack trip? Kirim salam lah. Hand bag pun dah rasa berat nak mampsss. Hehe.
Dah sampai kat Platform yang berkenaan tu (I lupa no platform), tunggu bas sampai. Kalau tak silap, every one hour baru bas ada. Kena sediakan duit cukup-cukup RM7. Dua orang RM14. Driver takleh bagi duit baki sebab duit ni kita kena masukkan dalam box terus dan kemudian baru dapat resit. Time ni kelam kabut sikit sebab tiba-tiba driver tanya, dah isi borang putih ke? Kitorang BLUR.. so BLURRY. Oh, rupanya borang untuk masuk ke Singapura. Nasib baik encik driver tu ada simpan borang tu so kami pun isi lah dalam bas.
Sampai di Woodlands Checkpoints, kena turun dari bas. Bawa semua luggage, make sure RESIT bas tadi tu ada. Pi lah berlari-lari dan beratur settlekan urusan Imigresen. Yang pasti, bas yang kita naik tadi tu macam tak tunggu jeeeee. Berpeluh mak cik. Terpaksalah kitorang tunggu another Transtar bus. Lebih kurang pukul 5.30 petang sampai di Changi airport. Tanya tempat solat.. ada dalam departure waiting area. So bila dah check in lah baru boleh masuk. Check-in pukul 6.20 pm pula.. Kitorang keluar dari rumah pukul 1.00 tengahari, tak sempat Zuhur. so kitorang pi makan kejap. Lapar, penat..semua ada. Baru sikit je ni..
Waiting for departure. Flight pukul 9.20 pm (4 June 2014)
Happy..dah lega time tunggu flight. Of all the hassles, we made it! Whatsapp kejap.. adik post gambar Delisha dan Amirul. Mama and daddy dah start rindu.. Teringat Delisha menangis nak naik katebang gak masa kami tinggalkan rumah.. Inshaallah. Janji mama untuk anak-anak mama. One sweet day.
The flight to Doha took 7 hours. Kebas. Tapi in-flight entertainment nye best.. Banyak latest movie.. Saya dan husband layan tengok Hunger Games.
Dinner yang sedap.. Nasi goreng Thai dan Ikan masak nyonya. My husband chose braised chicken with mashed potato and salad. Lepas dah kenyang.. sambung tidur dalam flight.
Hamad International Airport, Doha.
Arrived Doha at 12.30 pm waktu tempatan di sana. Cari tempat nak lepak.. rasa macam nak makan something. Tapi mahalnye. Makanan kat food court pun mahal. Pizza one slice pun dah QAR25-28. I tukar duit Qatar RM50 dapat QAR55. Ingatkan duit die murah, belanja pun murah. So kitorang share jelah. Sehati sejiwa kan..
Meals that costs us the bomb. Butter Chicken Makha QAR31 and Coca Cola QAR 6
Macam nasi kat medan selera je..tapi sedap. Apepun alhamdulillah rezeki. Dah makan.. tak tahu nak buat apa so cari tempat nak rehat. Ada lounge tapi kena bayar USD28 seorang. Kami pilih untuk tak keluar dari airport sebab sampai pun dah tengah malam.. Visa on arrival costs QAR100 per person. So we end up..
Dah lapar semula. Breakfast share lagi. Kedekut, kan.. Yes, we are. Two juices QAR16. Breakfast set sepinggan QAR29. Roti 3 slices. Saye pow 2 keping. Siap bitau husband.. die dah cukup banyak lemak.. Biar saye makan lebih sikit. Muahahaha.
Time nak pergi, transit yang sememangnya lama -- long transfer -- almost 14 hours. Tiba masa nak check-in semula.. memang tak sabar. Teruskan perjalanan Doha - Istanbul. Another 4 hours. Ada lunch dalam flight. Cover balik rasa lapar tadi.
Sabiha Gokcen Airport (SAW), Istanbul
Arrived Istanbul at 6.00 pm. Tukar sikit duit USD (dah tukar siap-siap kat Malaysia) kepada Turkish lira. Cari Change Office. Tu maksudnya money changer. Btw, sebelum berangkat dah call Maybank, inform yang saya nak ke oversea. Unfortunately, my ATM card cannot be used. Agak-agak cukup ke tak, kan cash in hands RM1500 tu? Alhamdulillah cukup. :)))
Tarik luggage pi airport hotel. Tadaa.. cantik bilik dia.
Malam tu dinner Maggi ok. Terasa sedapppp sangat Maggi. Penat. Tido. Re-charge.
Ok.. think its enough for todays' post. That's our first 36 hours trip from Malaysia with love. Nanti sambung lagi.









3 comments:
nak ole2 hihiiii
Best sbb dh dpt jejak kaki ke istanbul..
bestnyaaaa!!!
jeles ai
Post a Comment