CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

My PhD Journey

Daisypath Graduation tickers

Thursday, December 6, 2012

♥ Almost there.. ♥


Just nak share a short and simple love story. We used to live separately -  long distance marriage. It's never easy. He pays his food, car, house rental, etc. I pay my expenses on my own. Dua periuk nasi.. what to expect? But we share expenses on our one and only child that time -- Delisha. And he gave me some duit belanja because I am his wife. Poor him. Habes duit gaji die..  :(


He quitted his job at KL last April. Genap setahun usia Delisha. Quiting his job wasn't our topic of interest selama ini. Even when we received news on my second pregnancy. I kept telling him, I am able to handle all these things alone as long as he  gives me consistent motivation. Heheh. Part 'consistent' nak kena ade tuuu.  Yes, he made the decision without discussing the pros and cons with me. Tau-tau aje dah berhenti. Susahnye hati I. Nak cari kerja di sini bukan senang.. dah tabur resume merata pun still doesn't hit the Jack Pot. 


Tapi masih percaya. Rezeki Allah pasti ada. Rezeki Delisha. Rezeki baby yang bakal lahir. Cume, I ngaku.. I lah yang agak rapuh. Selalu fikir, entahkan ada, entahkan tidak.  Kalau masih belum dapat kerja jugak macammana??? 


Tapi lelaki itu hatinya kental, macam dare-devil. It's like risking all things you have in your life. Tapi dia tetap percaya. Walaupun savings makin menyusut, expenses makin bertambah. 


Eventually in August, he got the job. Alhamdulillah. Months of waiting. It's worth fighting for. 


Bile dah duduk sama ni, I realized I dah jadi semakin berhati-hati bile berbelanja. Include perbelanjaan yang termasuk dalam kategori 'barang dapur'. Dulu time tinggal sorang, bile balik rumah dengan boot kereta penuh bag plastik Jusco berbondong-bondong.. no one cares. Lately bile I bawak balik bag plastik  itu, ada je orang buat inspection kuis-kuis bag plastik tu sambil kening jungkit-jungkit.


"Awak beli ape?"


Haihhhh.. rasa tak secure pulak dahhhh.. Haha. Okey, okey.. got the message. 


I consider myself as an independent woman.. dari zaman anak dara lagi. Go here and there, doing this and that.. alone, on my own. Bila dah kawen, no big difference, but I started at least SHARE things (emotionally,  physically and mentally) with my husband.  Tiap hari pun balik ikut suka pukul berapa nak keluar office. Boleh aje kalau pukul 5 pm on the dot nak balik.. Tapi I choose not to. Bukan apa, dah terbiasa buat benda sendiri-sendiri. And husband pun sama.. tak kisah I balik pukul berapa, sebab die tau I nak kene mengukur jalan pergi fetch anak-anak kat rumah babysitter pulak. Tapi selalunye memang die la yang balik lagi lewat dari I. So no issues.. :) 


Kadang - kadang kalau tak sempat masak, I tapau burger je untuk dinner. Luckily husband tak kesah. Lebih-lebih lagi kalau I tapaukan burger Kambing Special. Hehe.   


"Abang, macammane rase burger kambing tu??"

"Rasa macam kambing berlari-lari dalam mulut."


Okey, that means mesti rase kambing tu kuatttt sangat. Tak jadiklah saye nak ngepow barang segigit dua gigit. Hehe.






Burger kat stall ni boleh tahan rasanye.. Tapi brader nih memang tak mesra alam dengan mak budak macam I ni. Dah tengok I terkepak-kepak dalam kete layan baby-baby nih sementara tunggu burger siap.. die main sweet-sweet je pulok time burger dah siap. Takde pulak nak ngantar ke kereta. Car-service perhaps? Huhu. Kene bayor extra charge kot. Seriously, dulu ade satu kedai makan tu time nak order je I turun kereta. Pastu bile dah siap nanti diorang hantar and amik duit kat kereta je.. Sebab diorang nampak I dok dalam kereta layan anak. Time tu baru ade Delisha sorang. Well.. sometimes, certain people they just don't care. Rite?


Sayangnye kedai makan tu dah tukar tukang masak.


Husband work on Saturdays. Bila anak-anak dah tidur tengahari baru boleh curi-curi mengemas. 




Aktiviti weekend bagi ibu si penyusu susu ibu tegar seperti Delisha dan Amirul --  basuh botol susu berketul-ketul! Sakit pinggang aiiiii tercongok kat sinki basuh botol susu budak-budak ni. Ni baru separuh ni.. Rase macam nak kena beli one more 'penyidai botol susu' nih. Delisha pulak bile kat rumah, she refused formula milk. Selalula jadik susu basi. Dah kena guna extra effort untuk sental botol susu die. 


Last weekend, on Saturday husband kerja half day. So petang  tu kitorang pun plan nak jalan-jalan gi Show House untuk projek rumah yang baru launch. 





The master bedroom. 


Kalau takde sofa tu nampak luas sikit bilik ni. And yang best, ada balcony. Bolehla malam-malam berdating dengan husband di bawah sinaran rembulan. Bulan dan bintang jadi saksi. Hiiii.. apelah I merapik ni kan. :D





The kitchen

Delisha kate "NOoo..don't snap my picture!".. Modern design.. tapi kalau I, I suke kalau ade konsep kayu-kayan sikit.





It's 2.5 storey house.. Ada mezzanine floor kat tingkat paling atas. Jenuhla nak naik tangga, kan.. Hehe. Long-term plan : Boleh jadikan bilik jugak ni in future.





4 bedrooms :: 3 bathrooms :: 2 family space

The price? Around RM170-190k. But quite far from UTM and JB area. Investment untuk future.. perhaps. Hajat nak jalan-jalan suka-suka.. tapi dah terjebak pulak haiiii.. Hari Ahad datang semula ke show room pemaju terus submit borang dan dokumen yang diperlukan. Terasa jugak nak booked corner lot.. tapi bila fikir-fikir, hati nak macam-macam. Kalau duit habis kat instalment rumah berpulh-puluh tahun, tak dapatlah 'yang lain' tu kan.. Lagipun loan ni atas nama saye je. Husband, nanti you buat loan beli kereta baru pulak, k. Untuk saye dan anak-anak. Huhu. Tak baik betul suke buli husband, kan. :P  Nak try buat loan dulu. Ada ramai kawan Tutor/Felo IPTA buat loan tak lepas disebabkan status kami yang bertaraf "SEMENTARA". Tapi kat surat pengesahan majikan ada tulis pencen umur 60 tahun. Hehe. I pon susah nak terangkan satu-satu kat orang tentang jawatan sebagai Tutor ni. Dahlah tak boleh buat government loan sampailah disahkan jawatan selagi belum ada PhD. Okey. Okey. Betullah madah-madah pujangga orang akademik "You Are NOTHING If You Don't Have A PhD". Okey. Sentap sendiri. Nih macammane nak khatamkan jurnal kalau asekla bace blog sendiri. Full stop. 


Loan application under bank review. Insha Allah, kalau ada rezeki tak ke mana. Aminnnn. 


Sometimes, dalam hidup ni ada sesuatu yang kita perlu pertaruhkan dan perjuangkan.. dengan berani. Don't lose your faith. Insha allah you'll find the way.


:D


12 comments:

Suzie said...

i suka baca cerita u,keep writing sbb i adore u punya semangat handle everything

in shaa Allah ada rezeki tak ke mana,i beli rmh kat melaka tp kerja putrajaya :)

Azri A. said...

150-170K je..murah gilerzz..price utk intermediate ke corner lot ke semi-detached ni?

Mrs.Qarlista said...

suzie..kalau fikir-fikir, jauhnye la putrajaya-melaka tapi ade jugak orang beli rumah. hehe. suzie lah tu. nad pun pk camtu jugak..area jb dah macam congested sangat. pi lari jauh-jauh sket. hehe

Mrs.Qarlista said...

athi.. dupdap tunggu bank review.. sebab loan name nad.. nad pulak tutor. kalau kat pengesahan majikan tu tulis terang-terang 'sementara'.. risau je bank tak approve..

Mrs.Qarlista said...

jery..nih price untuk intermediate. kawasan ni hartanah masih murah, tapi kalau dok area ni perception org akan kate "JAUHNYE!"..tp nak cari yang dekat dengan utm and jb tempat kerja joe, macam ridiculous je.. rumah dari pemaju yang sama, tapi kat area JB beza dalam 100%..

Sal~Asyraf said...

eh chop nad..beli rumah kat mana? siyes murah..hr tuh we all beli rumah 216k kut..single story tau..kt bandar putra kulai je pun..murah la..kt mana eh..

Chekgu Azrine said...

Murahnya rumah kat Jb..bestnya dh nak own house..tahniah!!

Unknown said...

Wahh,bestnya...design umh cnatekla.jb area mn Nad?mmgla skrg ni org klu blh nk duduk jauh dr tmpt bz kn..mcm ktela,bli umh mmg jauh.tp kepuasan sbb dpt duduk umh sndiri,ps2 tenang je fikiran ni..

Mrs.Qarlista said...

sal.. rumah ni kat Scientex Kulai.. dekat area Kelapa Sawit.. ceruk sikit, kan..but almost all new launched house dah sold.. rupenye ramai jugak yang berkenan dok sini..ade survey jugak rumah kat Bandar Putra tu sebab now dok kat Senai. Tapinye rumah kat situ pun boleh tahan harganye. :)

Mrs.Qarlista said...

Kak rine..baru cube2 je..kalau tak, kena tunggu sah jawatan entah lagi berape tahun la pulak ni.. :)

deana.. betul tu..rase macam dah sampai mase nak beli rumah sendiri. tenang sikit perasann kan...hehe

Rai said...

nad! murah nyerh rumah kat jb. sigh. kat kl ni kat hulu2 nyerh selangor pon dah cecah 500k or almost that price. tatau nk dok hulu mana dah. end up beli umh kat bandar sri putra. but tgok kawasan x modern sgt. ala2 batu pahat je. so aku confident la nk besarkan anak ke situ. tak skerk besarkan anak kat bandar. nway semoga urusan membeli rumah dipermudahkan. akunyerh took 2 months baru selesai urusan membeli rumah. rasa nk buat kenduri pas settle sbb pening ke sana ke mari uruskan.

harzharun said...

murah ok harga rumah sebegitu...
x caya,blk tganu ni,cuba ko cari rumah..2 tingkat mseti 250k-35k..dasat tol!..

btw,kami plak,kalo gi soping brg dapur,hubby yg suka kaut semua barang..dia bab2 mkn mmg gitu..sama kalo gi pasar malam.,.,semua bnda nak borong..last2 tong sampah,kalo x sedap...

The Love Birds

Daisypath Anniversary tickers